Friday, July 1, 2011

AIR - ANTARA HIKMAH DAN KEAJAIBAN




Air merupakan elemen utama yang mengalir dalam tubuh badan manusia dan juga haiwan. Sebanyak 75% air (otak 74.5%, darah 82% dan tulang yang mampat 22% air) memenuhi segenap ruang tubuh. Jadi, sel-sel dalam tubuh memerlukan air sebagai sumber penting untuk membantu perkembangan sel baru. Sel-sel yang baru lagi baik akan merangsang kekuatan perubahan fizikal, mental, emosi dan rohani. Namun, tahukah anda molekul-molekul air boleh berubah mengikut getaran suara seperti molekul air biasa dengan molekul air yang dibaca dengan ayat suci al-Qur'an; Surah Yasin? Persoalan lain juga bermain di minda mengenai kelebihan air yang dibaca dengan ayat-ayat suci al-Qur'an berbanding air biasa sedangkan kedu-duanya adalah sama.

Air merupakan molekul yang terbentuk daripada ikatan-ikatan kimia yang tidak dapat dilihat pada mata kasar. Formula bagi air adalah H2O; bermakna satu molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen.Molekul-molekul ini terdiri daripada struktur yang mudah namun masih boleh menghasilkan tindak balas yang kompleks. Oleh sebab itu, air digelar sebagai pelarut universal kerana mempunyai keseimbangan dinamik.




Air juga telah meliputi permukaan bumi sebanyak 70% manakala daratan hanya meliputi muka bumi hanya 30% sahaja. Jelaslah menunjukkan air bukan sahaja penting kepada manusia tetapi juga penting dalam sejarah pembentukan muka bumi sejak zaman prasejarah lagi. Sebanyak 3/4, lautan telah menguasai bumi sehingga membuktikan air menjadi sumber yang penting dan mencipta sejarahnya tersendiri. Wap air dan awan membentuk langit, ais berg di laut dan glasier di pergunungan menunjukkan adalah bersifat tulen yang boleh bertukar pelbagai bentuk mengikut keadaan.

Begitu juga menurut Islam, air merupakan nikmat Allah SWT yang diberikan kepada manusia sebagai air penawar yang boleh menyembuhkan penyakit dengan keizinan-Nya. Tetapi masih terdapat perbezaaan antara air dan mineral biasa diminum dengan air mineral yang dibaca Surah Yasin padanya. Molekul-molekul air berubah dari keadaan asal kepada bentuk lain yang lebih menarik dan juga terdapat bentuk yang hodoh. Bukti-bukti terkumpul melalui kajian yang dilakukan untuk membuktikan kebenaran kata-kata air yang dibaca Surah Yasin lebih banyak memberi manfaat daripada air tanpa ayat suci Al-Qur'an.

Menurut penemuan hasil kajian saintifik ke atas air oleh Dr. Masaru Emoto, pakar air di Universiti Yokohama, Jepun yang telah merintis penyelidikan tentang molekul air dan menyatakan bahawa susunan molekul air dan menyatakan bahawa susunan molekul air boleh berubah mengikut yang diucapkan ke atas air tersebut. Hasil penyelidikan mendapati air mampu 'mendengar' pesanan yang disampaikan melalui ungkapan . Kajian dikukuhkan lagi apabila beliau sendiri melakukan penyelidikan ini ke atas orang awam. Beliau meminta wakil dari hadirin yang hadir untuk mengucapkan perkataan yang buruk dan baik ke atas air. Apabila air itu diperdengarkan dengan perkataan yang buruk, hasilnya sungguh mengejutkan! Molekul air mula berubah tidak seimbang dan kelihatan hodoh. Di samping itu air yang dibacakan doa atau perkataan yang baik serta merta berubah menjadi bentuk berlian yang berkilau dan bercahaya (Berita Harian, 28 September 2008).



Dalam buku penulisan beliau, The Hidden Message In Water, terdapat pernyataan beliau mengenai air yang bersifat sebagai perakam pesanan seperti pita magnetik atau 'compact disc'. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molekul-molekul air itu berubah bentuk seperti kristal yang indah dan bersinar. Tetapi berlainan pula dengan bentuk molekul air yang diungkapkan kata-kata kesat. Molekulnya berubah menjadi buruk dan menakutkan seperti sel-sel barah. Malahan ketika muzik berentak heavy metal diperdengarkan, kristal serta-merta hancur.

Secara tidak langsung, pembuktian dari kajian ini serta merta menolak kata-kata jahil yang tidak percaya kepada konsep perubatan Islam yang menggunakan air untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit (dipetik dari buku 'Konsep Perubatan Islam' oleh Ustaz Danial Zainal Abidin). Jelas terbukti bahawa air boleh berubah bentuk hanya melalui ungkapan yang diucapkan oleh seseorang. Begitu juga dengan air yang dibacakan Surah Yaasin. Ayat-ayat suci dari surah Yaasin mempunyai manfaat yang lebih berbanding air yang biasa saja. Molekul air yang bersinar dengan bacaan Yaasin dpat menyembuhkan penyakit, menerangkan hati dan jiwa dan sebagai penawar mengelakkan gangguan makhluk halus.

Kebiasaannya air mineral bacaan Yaasin diberikan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan. Kenapa? Hal ini disebabkan air tersebut dapat menjadi penawar. Apabila air yang dibacakan ayat-ayat dari surah Yaasin, molekul yang terbentuk adalah tersusun sempurna. Molekul air ini akan diproses dalam tubuh lalu menyampaikan pesanan pada air di otak dan pembuluh darah. Air ini akan memperbetulkan fungsi-fungsi dalaman tubuh bagi menenangkan jiwa. Hasilnya, dengan izin Allah, air akan bertindak menurut pesanan yang diniatkan dan dilaksanakan tanpa kita sedari.

Air bacaan Yaasin juga mampu melawan gangguan-gangguan makhluk halus dalam diri. Hanya dengan menyapukan air akan membeerikan keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasoniktetapi harus disertakan doa yang ikhlas. Justeru , gelombang gangguan yang menguasai tubuh akan keluar dan ruang pada badan akan kembali seperti sedia kala. Namun, seseorang yang melakukan rawatan menggunakan air bacaan Yaasin perlu tahu akan kaedah-kaedahnya supaya hajat yang dimohon kepada Allah SWT akan dimakbulkan. Buktinya, air yang dibacakan denngan bacaan Al Quran merupakan medium penting untuk dijadikan penawar mujarab selaras dengan keikhlasan niat. Firman Allah SWT yang bermaksud:"..... dan kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"

Jika kita lihat secara keseluruhannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa air mineral biasa saja juga boleh menyembuhkan penyakit tetapi hanya penyakit yang kita boleh lihat perubahannya seperti mengurangkan panas dan menyegarkan badan. Berlainan pula dengan air bacaan Yaasin, air ini menyembuhkan penyakit yang lebih menjurus kepada penyakit berkaitan spiritual yang tidak dapat dilihat secara mata kasar. Hanya air ini mampu mendatangkan perbezaan kerana molekul air ini berubah mengikut aura persekitaran lalu membentuk mengikut perkara yang berlaku di sekeliling dan memberi kesan kepada manusia.

Tambahan pula, khasiat air yang dibacakan ayat-ayat Al Quran, kita dapat melihat bahawa Allah hakikatnya selalu menarik perhatian manusia kepada air. Allah, Yang Maha Pencipta, ingin menunjukkan air bukan sekadar benda yang mati tetapi menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh dan perkara-perkara lain yang masih belum dikaji manusia.

Dinasihatkan bahawa sebaik-baik air adalah air zamzam, air hujan malam Jumaat, air kolah masjid, air mineral dan air masak. Air zamzam adalah air yang terbaik untuk menyembuhkan segala fungsi organ dalaman. Ia terlalu berkhasiat kerana tersimpan jutaan doa manusia selama ribuan tahun sejak zaman Nabi Ibrahim AS. Melalui hasil kajian Dr Masaru Emoto juga, antara molekul air yang paling cantik bercahaya ialah molekul air zamzam. Molekulnya tersusun cantik , seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebih dua belas warna! Sungguh berbeza sekali dengan air biasa.



Begitu juga dengan air kolah masjid. Walaupun air kolah ini hanya sekadar air paip yang tidak dimasak namun kita masih boleh menggunakannya sebagai air penawar kerana tersirat suara azan, bacaan ayat-ayat al Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut. Oleh itu, kita boleh meminumnya tanpa sebarang rasa ragu-ragu tentang kebersihannya. Kebenarannya, semakin kuat manusia berdoa ataupun berkata-kata kepada air, semakin kuat kesan yang terhasil pada molekul air tersebut. Air mampu memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Kemungkinan inilah yang dapat menjelaskan mengapa hanya air biasa yang dibacakan ayat-ayat suci Al Quran boleh menyembuhkan penyakit.

Di samping kita membacakan ayat-ayat dari surah Yaasin, secara tidak langsung kita mendapat pahala membaca al Quran. Ayat-ayat suci al Quran itu sendiri menjadi ubat penyembuh yang mujarab kerana keyakinan dan keimanan kita kepada Allah SWT yang memberi kebaikan kepada manusia, sedangkan akal manusia sendiri tidak dapat mentafsirkan rahsia-rahsia yang tersembunyi di sebalik ketentuan Allah.

Inilah keajaiban yang ditentukan oleh Allah SWT yang Maha Berkuasa terhadap segala ciptaannya. Amalan kita membaca Yaasin yang diiringi doa kepada air biasa dapat mengubah molekul air menjadi lebih cantiksekaligus dapat menyembuhkan penyakit dari segi fizikal dan rohani. Sekadar minum air bacaan Yaasin semata-mata tidak dapat membantu manusia ke arah kebaikan, tetapi ia perlu diselarikan dengan niat yang ikhlas, baik dan tidak mendatangkan keburukan kepada orang lain. Tidak lupa juga supaya sentiasa bertawakal kepada Allah kerana hanya dengan izin-Nya , semua usaha yang diikhtiarkan mendatangkan hasil yang sempurna. Insya'Allah.


Thursday, June 30, 2011

Majlis Tahlil di Jalan 1/2

Pada hari Rabu 29/7 En Khairul Naim b Adham dari rumah no 81 jalan 1/2 telah mengadakan majlis tahlil dan doa selamat di rumahnya selepas waktu Isyak. Ramai juga tetamu yang hadir.. Alhamdulillah , majlis sebegini masih lagi diamalkan oleh penduduk di lorong 1/2. Inilah antara cara yang dapat mengumpulkan dan merapatkan sesama kita... kalau tak, payah juga nak berjumpa sebab masing-masing pun sibuk.

Selepas selesai tahlil dan kenduri, majlis diteruskan pula dengan mengadakan mesyuarat lorong.











Tuesday, June 28, 2011

CERAMAH MENARIK DI MASJID HISHAMUDDIN

Minggu ni, insya'Allah ada dua ceramah yang menarik yang akan diadakan di masjid. Satu kuliah bulanan (30/6) ... satu lagi ceramah Israk Mikraj (1/7) . Semua lepas maghrib...



Pada 9/7 ( Sabtu ) pulak ada ceramah untuk muslimat. Penceramahnya memang best.. Dr SYARIFAH HAYATI.... rugi juga rasa kalau tak pergi...

Jom kita mengimarahkan masjid kita ni sambil menimba ilmu... Mudah-mudahan Allah akan memberkati segala amalan kita, insya'Allah..

Lagi satu... ada satu program khidmat syarie percuma yang akan diadakan di Masjid Al Hasanah, Bangi pada 2 hb Julai hari Sabtu. Bagi anda yang mempunyai sebarang masalah yang melibatkan perundangan syariah.. boleh la datang untuk berjumpa dengan para peguam yang bermurah hati untuk membantu dengan membuat amal jariah. Semoga Allah akan merahmati mereka.... Amin.

Thursday, June 16, 2011

MANDI-MANDA DI SUNGAI CONGKAK

Last day cuti sekolah, baru dapat berjalan... tu pun cuma ke Sg Congkak, kat Hulu Langat tu... Ok laa... janji anak-anak tu dapat main air.



kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar



nak buat Eiffel Tower ke?


punya laa tak nak naik.... makan pun duduk kat air.


runtuh laa sudah...!

OK laa... lain kali cuti kita jalan lagi....NAK KE MANA YAA?





Friday, June 10, 2011

MENTERI BESAR NAK DATANG....

Dah hampir seminggu dikhabarkan menteri besar kita nak datang hari ni... Banner pun dah gantung awal2. Kat paper pun dah dimaklumkan semua agenda untuk menteri besar kita bertemu dengan semua penduduk di Sepang ni..

Mesti ramai orang yang datang tu... teringin juga nak dengar mesej2 penting yang perlu kita ketahui tentang masalah, hak dan masadepan kita sebagai penduduk di Sepang ni... Manalah tahu tiba2 MB nak umumkan 'CUKAI TANAH AKAN DIMANSUHKAN'.... hehe.. boleh melompat kita dibuatnya...yahooooo!

Saya memang tak boleh pergi laa jawabnya... cik abang keje. Baby kecik ni pulak nak letak di mana? Bukan boleh suka-suka hati nak letak tepi sungai ke tepi masjid... no!no!no!

Apa-apa pun sebenarnya ada satu benda yang saya nak tanya kalau diberi kesempatan untuk mengemukakan soalan pada MB kita ni...

- Sepang ni kan maju... canggih... luas... Semua yang moden di Selangor ni terletak di Sepang.




Kita ada international airport




kita ada Litar F1.....




kita ada intelligent city...CYBERJAYA.


TAPI.... KENAPA KITA TAK ADA LIBRARY di Bandar Baru Salak Tinggi...? Macamana rakyat nak maju dan cintakan ilmu kalau kemudahan yang paling asas ni tak ada, kan?

Dulu masa di Olak Lempit dan Bukit Changgang ada laa juga jumpa kutubkhanah desa, tu pun banyak buku yang lama-lama... kalau ada yang baru pun cuma majalah dan suratkhabar aje.

Kalau yang desa pun memang patut ada library apa lagi bandar baru ni, ya tak? Kat Cyberjaya tu pun rasanya tak pernah nampak ada signboard library.... Memang tak ada juga kot...
Kalau ada tu kena la MPS warwarkan pada penduduk di Sepang ni.. Sebagai sebuah kawasan parlimen yang maju... rakyat seharusnya dibudayakan dengan ilmu, supaya tahap pemikiran rakyat dapat ditingkatkan seiring dengan peningkatan ekonomi dan sosial....

Mmmmm... nak jumpa MB tak dapat... mana nak hantar usul ni yaaa?




Monday, June 6, 2011

NAK BELAJAR BERBLOGGING....

Hari ni , sempatlah singgah di beberapa buah blog yang memang aktif dan ajar banyak tips dan cara untuk kita membuat blog. Memang layannnn....

Tabik la juga dengan mereka yang mahir dan dapat menjana pendapatan dengan blog ni... Lagipun, sebenarnya ramai yang boleh ajar dan bagi ilmu tu secara percuma aje... Yang pentingnya, semua bergantung pada niat kita bila mula menggunakan komputer... Kalau niat tu baik, insya'Allah baik la jadinya, tak gitu...?

Bagi surirumah macam saya ni ... penting juga kesedaran untuk celik IT ni... bukan takat nak nak mencari info aje... tapi juga supaya dapat 'berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan anak-anak yang kemaruk IT kat rumah tu...'

Bukan apa... saja sesekali nak pantau apa-apa yang dia orang buat bila mengadap komputer ni... Kalau dia orang je yang lebih tahu dari kita... saya tak puas hati sangat... maklum laa anak-anak zaman sekarang... Bukan tak percaya kat anak-anak, cuma saya percaya kita harus selalu 'seiring' dengan mereka.

Lagipun rasanya banyak juga info boleh saya kongsikan di sini... Manalah tahu, satu hari nanti bila saya dah tak ada... boleh laa anak-anak saya buka blog ni kalau teringat kat saya... uhuk!

Thursday, June 2, 2011

Aktiviti Kelas Fardhu Ain Musim Cuti

Bermula pada hari Isnin hingga Jumaat minggu pertama cuti sekolah, Masjid Sultan Hishamuddin telah mengadakan semula kelas fardhu ain untuk kanak-kanak bagi sessi 1/2011.




Sessi pendaftaran .


Pendaftaran bermula pada awal pagi dengan dihadiri ramai kanak-kanakyang berumur lebihkurang 6-14 tahun. Mereka kelihatan begitu seronok dan bersemangat untuk memulakan sessi pembelajaran. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak rm10, termasuk sedikit hidangan ringan bagi kanak-kanak.

Bagi ibubapa yang mempunyai masalah untuk menghantar anak-anak, terdapat juga perkhidmatan bagi mengambil dan menghantar dengan dikenakan bayaran rm10 sebagai tambahan.






Wajah-wajah yang sabar menunggu sessi dimulakan sewaktu ibubapa sibuk dengan pendaftaran.