Monday, May 30, 2011

MASJID SULTAN HISHAMUDDIN

Masjid Sultan Hishamuddin terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Ia adalah bersebelahan dengan Sekolah Menengah Agama BBST. Masjid ini adalah di antara masjid yang mengamalkan 'children friendly enviroment'.... sebab tu laa rasa seronok sikit nak pergi.
Ya laa... kita ni kan ada anak kecil-kecil...

Bukannya apa, apabila sesetengah masjid agak 'tak mesra kana-kanak' , emak-emak ni pun kena pulak fikir 2kali bila nak ke masjid... jadinya umat Islam juga laa yang rugi! Apa taknya... bila ada ceramah ke, tazkirah ke, kelas fardhu ain ke, terpaksa laa pandang banner aje dari jauh... sebab takut anak-anak bising atau mengganggu majlis. Oleh itu, hasrat untuk ke masjid terpaksa dilupakan. Akhirnya, masjid jadi lengang... dan aktiviti tiada sambutan. Kan masalah juga tu?

Tetapi, di Masjid Sultan Hishamuddin ni... persekitaran yang lengkap dan selesa disediakan untuk kanak-kanak yang datang bersama ibubapa. Mereka boleh membaca atau bermain bersama kanak-kanak lain di tempat yang disediakan di bahagian belakang masjid.. Oleh itu orangramai boleh mendengar ceramah tanpa gangguan...


Laluan ke tempat solat wanita. Anak-anak boleh duduk di sini... suasana selesa dan menyegarkan. Ibu-ibu pun senang nak pantau...


Ruangan untuk membaca.. meja pun disediakan, nak membaca sementara tunggu emak ayah dengar ceramah pun boleh.


Selain dari itu, apa yang menarik adalah... jadual di masjid ini juga agak padat dengan aktiviti ceramah dan kuliah fardhu ain, selain dari kuliah mingguan dan bulanan...

Baru-baru ini , telah dibentangkan ceramah tentang kejadian sebenar yang berlaku di Libya. Beberapa wakil yang berasal dari Libya juga telah membuat pameran dan gambar-gambar yang jelas tentang apa yang sedang berlaku. Adalah malang jika kita tidak bersikap proaktif dalam mengambil tahu tentang apa yang berlaku pada saudara seislam kita.

Akhir sekali, saya rasa amat gembira jika masjid-masjid lain di Malaysia nimengamalkan cara yang mesra kanak-kanak seperti MSH ni.. selain dari dapat menggalakkan satu keluarga beramai ramai pergi ke masjid, ia juga akan dapat mengimarahkan masjid itu sendiri.Ini terbukti kerana saya lihat ramai juga yang lain datang bersama keluarga dengan membawa anak masing-masing. AJK masjid juga amat rajin dan bermurah hati menyediakan sedikit juadah untuk para jemaah yang datang samada untuk ceramah atau bersolat setiap hari.



Ruangan di mana juadah dihidangkan jika ada ceramah dan jemaah yang ramai.. dan kanak-kanak berkumpul.



Kawasan terbuka untuk laluan, wudhu' dan menjamu selera...





TAHLIL DI RUMAH ABANG HISHAM

Sibuk betul hari Ahad baru ni... almaklumlah dah start cuti sekolah.

Dari pagi tu banyak benda nak dikejar... rumah lagi, anak-anak lagi... nak kena tengok Fiqri buat demo silat kat stadium, nak pergi rumah abang Hisham....Cik abang sayang pulak kena kerja...!
Akhirnya, lambat la sikit sampai kat rumah abang tu... orang dah siap tahlil dah.. tak pe lah... nak buat macamana, kan?

Rupanya adik-beradik yang lain ramai yang balik kampung.. jadinya , saya wakil ajelah family sebelah abang Hisham...tengah2 makan long pun sampai dengan anak kecik dia.



kat rumah abang masa dah nak balik...
lupa nak amik gambar awal-awal..







Demo silat FIQRI

Hari Sabtu 29/5 baru-baru ni, Persatuan Seni Silat Gayung Makrifat telah mengadakan demonstrasi silat di Stadium Bandar Baru Salak Tinggi sempena pembukaan majlis perlawanan bola sepak. Anak saya, Fiqri pun terlibat sama dalam demonstrasi tu...

Alhamdulillah, bagus juga dia masuk persatuan macam tu daripada ikut budak- budak yang berkeliaran. Sekurang-kurangnya tahap keyakinan dia dah nampak meningkat. Semoga ilmu yang dimiliki akan digunakan ke arah kebaikan hendaknya....










RESEPI SOS CICAH

BAHAN-BAHAN :

5 biji lada merah
4 ulas bawang putih
sos cili
sedikit gula dan garam
cuka

cara-caranya:

1) blendkan semua bahan bersama-sama.
2) masakkan di atas dapur sehingga mendidih.


TIPS:

- Sos cili dan cuka boleh ditambah ikut citarasa masing-masing samada lebih suka pedas atau masam sedikit.

Saturday, May 28, 2011

RESEPI EPOK-EPOK SAYUR

BAHAN-BAHAN INTI :

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 atau 2 potong isi ayam - dicincang halus

1 biji Sengkuang - disagat
1 biji Carrot - disagat
Taugeh- 20 tau 30 sen

cara:

1) tumis bawang hingga wangi.
2) masukkan isi ayam - biar hingga masak sebentar.
3) masukkan sengkuang dan carrot - gaul rata dan masukkan garam.
4) masukkan taugeh.






BAHAN-BAHAN KARIPAP/EPOK-EPOK :

Sedikit marjerin.
Sedikit minyak masak.
1/2 kilo tepung gandum.
sedikit air garam.

cara-cara :

1) panaskan minyak masak dan marjerin.
2) tuangkan atas tepung.
3) gaul hingga berderai.
4) tambahkan air garam- uli hingga sebati.






TIPS:

- kalau nak lebih garing, lebihkan minyak masak.
- kalau nak lebih rapuh , lebihkan marjerin.
- sebenarnya sama je dengan buat karipap biasa , cuma inti je lain.
( saja je... sesekali tukar selera, kan?)
- sayur tu sama je macam sayur goreng biasa.
- sos tu sama je dengan sos popia goreng atau sos nasi ayam.
( tu laa... supaya tak terbuang atau membazir, boleh makan dengan epok-epok sayur ni..)
- untuk resepi sos cicah tu pula boleh klik di sini.





Inilah hidangan yang dah siap.

MINUM PETANG - EPOK-EPOK SAYUR...!



Haa... ini laa hidangan untuk minum petang anak-anak kali ni. Namanya epok-epok sayur... Kalau bagi kat budak-budak bujang 2 orang tu, jangan kan kata sepinggan... setalam pun boleh habis...

Epok-epok ni siap dengan sos cicah dia sekali... sama la dengan sos popia goreng tu... Memang sedap! Saya pun kalau dah makan ni... memang boleh kenyang, sebab dah ada sayur , ayam dan tepung ( kulit karipap tu laa...) tu laa tak cari nasi dahh...
Sebenarnya, itu la antara beza antara epok-epok sayur dengan popia goreng...

Lagipun , kalu buat kulit epo-epok ni.. boleh ikut suka kita... nak rapuh ke , nak garing ke , nak tebal ke.. kan best!

Untuk resepi epok-epok sayur ni, boleh klik di sini, ya....





Friday, May 27, 2011

KEJADIAN PECAH RUMAH DAN ORANG MINYAK

Minggu ni ada kes terbaru kejadian sebegini... Bila agaknya dia orang ni nak berhenti ya?
Pecah rumah tu dah satu hal... orang minyak ni pun dah timbul laa pulak.

Minta dilindungi Allah dari segala bahaya. Bila nak kunci rumah tu cuba selalu ingatkan diri sendiri dan anak-anak supaya amalkan baca selawat, ayat qursi dan 3 Qul.... insya'Allah mudah2an selamat... amin.

Tuesday, May 24, 2011

CERAMAH USTAZ HASHIM YAHYA

Alhamdulillah... sempat juga pergi ke Masjid Hishamuddin bersama suami dan anak-anak untuk dengar ceramah USTAZ HASHIM YAHYA pada malam Ahad yang lepas. Banyak juga yang dapat dipelajari dalam ceramah pada malam tu. Ramai juga yang hadir... Saya memilih untuk duduk di anjung saja supaya senang nak memantau baby Haziq Khairi tu... maklumlah dah pandai berjalan. Bukan tau nak duduk diam..

Isi ceramah berkisar tentang sumpah... Apa itu sumpah laknat, li'an, kesannnya pada yang dituduh dan yang menuduh , hukumnya, cara-cara sumpah dijalankan, cara-cara hukuman ke atas yang tertuduh jika ia benar, hukuman ke atas yang menuduh jika ia palsu... bagaimana ia boleh dikira sebagai 'buang kes' serta contoh-contoh di zaman Rasulullah s.a.w. bagaimana baginda menangani masalah tersebut.




Kesimpulannya, menuduh seseorang itu bukanlah satu perkara yang kecil. Hukumannya sangatlah berat di akhirat kelak. Di zaman nabi pun dalang yang mengetuai komplot dalam membuat tuduhan itu memang terlepas... kerana Allah telah menjanjikan hukuman yang berat ke atasnya..

Semoga kita dan keluarga kita dilindungi Allah dari sebarang fitnah manusia dan dajjal.

'KELAS APAM BUNGA'

Jadi juga Kak Anum dan Ani datang nak tengok cara buat apam bunga tu... hehe...
Lepas ni boleh laa cuba , ya? Jangan tak cuba pulak... kan senang aje... Yang lain-lain tu, ada masalah laa pulak nak datang. Tak apa laa... lain kali laa pulak kot.



Seronok juga bila dapat kumpul dan buat sama-sama ni.. Masing2 pun dah ada idea sendiri nanti nak buat macamana...Ani nak buat kat cawan besar, Kak Anum nak tuang terus kat loyang... hehehe... macamana laa hasilnya tu pulak karang? Kita tengok aje la...



Puteri-puteri comel kat rumah tu pun sibuk juga membantu... 'nak belajar masak juga' katanya...




Ni laa apam yang dah siap saya tunjukkan caranya pada jiran-jiran saya di IXORA ni... Resepi dan cara membuatnya ada di sini.

Lepas ni boleh laa kita sambung dengan 'kelas-kelas' yang lain pulak. Liza tengah tunggu cara nak buat cheese cake... Agaknya bila pulak saya nak sempat beli barangnya?

Sunday, May 22, 2011

RESEPI APAM BUNGA

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

3 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 cawan ais krim soda
3 biji telur
1 sudu besar ovalette








CARA MEMBUATNYA:




1) Sediakan acuan di dalam periuk kukus dan isikan dengan cawan kertas.





2) Campurkan semua bahan di dalam satu bekas. Pukul sehingga kembang.
- ( adunan tidak jatuh bila diangkat).





3) Bahagikan adunan kepada 3 warna.
Isikan adunan ke dalam acuan.





4) Kukus selama 15 minit....






5) Siap untuk dihidang.... senang je , kan?



TIPS :

1) untuk mengeluarkan apam dengan mudah, tekan sedikit sekeliling cawan.
2) simpan apam di dalam bekas tertutup agar tidak mengeras.
3) adunan lebih mudah diisi ke dalam acuan dengan menggunakan beg piping.
4) sukatan ini boleh menghasilkan sehingga lebihkurang 90 biji apam. Sediakan kertas cawan secukupnya.

SELAMAT MENCUBA...





Monday, May 16, 2011

Bismillahirahmanirahim...

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
Bersyukur saya atas rahmatnya , akhirnya dapat semula saya kembali ke IXORA...
So, apa projek saya nak buat sekarang?

Kat otak ni dah macam2 yang berlegar ... yang itu nak buat, yang ini nak cuba...
tangan pun dah mula gatal2 nak buat projek... kat mana nak mula , ya?

Hari tu dah try buat handmade chocolate... hehe... boleh la nak bagi2 kat orang...
dah berapa orang kata sedap... sbb saya campur coklat dengan strawberi... anak2 pun suka.
Lain kali nak try letak badam pulak... alamak! Dah berapa kali buat pun terlupa la pulak nak amik gambar... kalau tak, boleh la publish kat sini.

Next, ada lagi jiran yang nak belajar apam bunga tu... no problem! Mudah2an ada lagi laa bekal saya nak bawa kat akhirat nanti... Kalau dia orang amalkan ilmu dari resepi yang saya ajar, ada laa saham untuk saya... insya'Allah...
Mungkin sabtu ni boleh ajar kot... nak kena beli bahan2 tu dulu...

Apapun... projek untuk kain felt dan sulam bunga reben is still fresh in my mind! Bila laa agaknya dapat nak buat...